Thursday, August 1, 2019



 TAJUK 10: PENYESUAIAN SOSIAL 
  • Penyesuaian ialah proses adaptasi.
  • Penyesuaian berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap, tingkah laku, hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan.
  • Penyesuaian sosial ialah keupayaan individu menyesuaikan diri dalam kelompok sosial yang baharu.
  • Pelajar perlu mempunyai penyesuaian sosial yang tinggi dengan pensyarah dan persekitaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan.
    • Terdiri daripada keupayaan menerima perasaan seseorang individu berkaitan sesuatu perkara iaitu memahami apa yang dirasai oleh orang lain.
    • Keupayaan menerima idea dan pandangan seseorang terhadap diri sendiri dan berkaitan sesuatu perkara atau peristiwa juga amat penting.
    • Individu yang memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi amat berminat untuk menyoal bagi mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai sesuatu perkara berkaitan dirinya dan orang lain.

    Image result for komuniti pembelajaran profesional




    • Kemahiran intrapersonal adalah kemahiran dan komunikasi yang berlaku dalam diri dan minda sendiri.

    Kepentingan Meningkatkan Kemahiran Intrapersonal:
    • meningkatkan keyakinan diri
    • mengetahui kelemahan dan kelebihan diri
    • meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah yang dihadapi 
    • mempunyai daya tahan yang tinggi ketika menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan.
    • meningkatkan pencapaian akademik
    • meningkatkan produktiviti dalam tugasan yang diberikan.




    • Komuniti pembelajaran adalah tempat pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang baik.
    • Komuniti pembelajaran professional di sebuah IPG terdiri daripada pensyarah yang berkongsi kepakaran, bekerja secara kolaboratif. memperbaiki kemahiran pedagogi dan meningkatkan pencapaian akademik pelajarnya.
    • Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, komuniti ialah orang yang tinggal di sesuatu tempat, daerah, negara dan sebagainya dibawah satu pemerintahan.
      • Komuniti juga ialah individu yang tinggal di sesuatu tempat dan saling berkomunikasi antara satu sama lain termasuk benda hidup dan benda bukan hidup.
      • Pembelajaran pula dapat ditakrifkan sebagai perubahan individu yang disebabkan oleh pengalaman(Slavin,1997).
      • Terdapat tiga kriteria dalam pembelajaran(Stalling,1973): 
        • pembelajaran harus menampakkan perubahan tingkah laku
        • pembelajaran harus melibatkan pemikiran 
        • pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman dan latihan.
      • Konsep komuniti pembelajaran pula ialah persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama antara manusia yang akan menjurus kepada perubahan tingkah laku.
      • Persekitaran melibatkan unsur kerjasama, bantu- membantu,idea dan persaingan sihat.
      • Contoh, di sebuah IPG, komuniti pembelajaran profesionalnya terdiri daripada para guru pelatih yang sentiasa bersaing secara sihat serta berkolaborasi dengan para pensyarah untuk menghasilkan pencapaian keseluruhan dengan cemerlang.


    10.4 ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT
    • Perkongsian maklumat dilakukan melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kalangan pensyarah dan pelajar.
    • Penggunaan blog dapat membantu penulis blog berkongsi maklumat.
    • Perbincangan dapat dilakukan dengan penulis blog berkaitan dengan isu yang dipersembahkan dalam penulisannya.
    • Dapat dikemaskini dengan mudah dari mana-mana tempat tanpa memerlukan sambungan FTP, perisian pengarangan web dan lain-lain lagi. 
    • Platform Fecebook membolehkan pembangun web membina aplikasi yang bersepadu dengan rangkaian social Facebook.
    • Dapat membina komuniti pembelajaran
    • Menggalakkan penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza dengan kelas biasa
    • Meningkatkan interaksi guru dan pelajar dan sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web
    • Pelajar dapat menghubungi rakan sekelas berkaitan tugasan kelas dan peperiksaan serta bekerjasama melakukan tugasan dan projek kumpulan dalam persekitaran internet. 
    • Suatu laman web perkongsian gambar yang dapat digunakan untuk memuat naik gambar, memberikan tag kepada gambar, melihat gambar orang lain, serta menulis komen dan anotasi gambar tersebut.
    • Adalah suatu perisian percuma yang membolehkan seseorang berbual-bual dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia melalui internet secara percuma.
    • Digunakan untuk melakukan sesuatu perkara bersama-sama walau di mana seseorang berada. 
    • Satu laman web media untuk berkongsi persembahan, dokumen dan fail pdf.
    • Menonjolkan professional yang aktif dan sering memberi komen, menggemari dan memuat turun bahan.
    • Tujuan : berkongsi idea dan berhubung dengan orang lain.
    • Penulisan di Twitter ialah cara komunikasi yang kurang berhalangan, perkongsian maklumat dengan orang yang biasanya tidak akan saling berutus e-mel / pesanan SMS. 


    • Gender adalah perbezaan sifat, peranan, fungsi dan status antara lelaki dan perempuan bukan dari aspek biologikal sahaja tetapi peranan mereka dalam perjanjian sosial.
    • Peranan antara lelaki dan perempuan berubah mengikut budaya, keadaan, dan situasi di mana mereka berada.
    • Di Malaysia, terdapat Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Kemajuan Wanita
    • Tujuan: membela nasib kaum wanita dan memartabatkan peranan wanita dalam sesuatu komuniti.




JOM UJI MINDA