TAJUK 10: PENYESUAIAN SOSIAL
- Penyesuaian ialah proses adaptasi.
- Penyesuaian berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap, tingkah laku, hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan.
- Penyesuaian sosial ialah keupayaan individu menyesuaikan diri dalam kelompok sosial yang baharu.
- Pelajar perlu mempunyai penyesuaian sosial yang tinggi dengan pensyarah dan persekitaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan.
- Terdiri daripada keupayaan menerima perasaan seseorang individu berkaitan sesuatu perkara iaitu memahami apa yang dirasai oleh orang lain.
- Keupayaan menerima idea dan pandangan seseorang terhadap diri sendiri dan berkaitan sesuatu perkara atau peristiwa juga amat penting.
- Individu yang memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi amat berminat untuk menyoal bagi mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai sesuatu perkara berkaitan dirinya dan orang lain.
- Kemahiran intrapersonal adalah kemahiran dan komunikasi yang berlaku dalam diri dan minda sendiri.
Kepentingan Meningkatkan Kemahiran Intrapersonal:- meningkatkan keyakinan diri
- mengetahui kelemahan dan kelebihan diri
- meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah yang dihadapi
- mempunyai daya tahan yang tinggi ketika menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan.
- meningkatkan pencapaian akademik
- meningkatkan produktiviti dalam tugasan yang diberikan.
- Komuniti pembelajaran adalah tempat pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang baik.
- Komuniti pembelajaran professional di sebuah IPG terdiri daripada pensyarah yang berkongsi kepakaran, bekerja secara kolaboratif. memperbaiki kemahiran pedagogi dan meningkatkan pencapaian akademik pelajarnya.
- Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, komuniti ialah orang yang tinggal di sesuatu tempat, daerah, negara dan sebagainya dibawah satu pemerintahan.
- Komuniti juga ialah individu yang tinggal di sesuatu tempat dan saling berkomunikasi antara satu sama lain termasuk benda hidup dan benda bukan hidup.
- Pembelajaran pula dapat ditakrifkan sebagai perubahan individu yang disebabkan oleh pengalaman(Slavin,1997).
- Terdapat tiga kriteria dalam pembelajaran(Stalling,1973):
- pembelajaran harus menampakkan perubahan tingkah laku
- pembelajaran harus melibatkan pemikiran
- pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman dan latihan.
- Konsep komuniti pembelajaran pula ialah persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama antara manusia yang akan menjurus kepada perubahan tingkah laku.
- Persekitaran melibatkan unsur kerjasama, bantu- membantu,idea dan persaingan sihat.
- Contoh, di sebuah IPG, komuniti pembelajaran profesionalnya terdiri daripada para guru pelatih yang sentiasa bersaing secara sihat serta berkolaborasi dengan para pensyarah untuk menghasilkan pencapaian keseluruhan dengan cemerlang.
10.4 ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT- Perkongsian maklumat dilakukan melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kalangan pensyarah dan pelajar.
- Penggunaan blog dapat membantu penulis blog berkongsi maklumat.
- Perbincangan dapat dilakukan dengan penulis blog berkaitan dengan isu yang dipersembahkan dalam penulisannya.
- Dapat dikemaskini dengan mudah dari mana-mana tempat tanpa memerlukan sambungan FTP, perisian pengarangan web dan lain-lain lagi.
- Platform Fecebook membolehkan pembangun web membina aplikasi yang bersepadu dengan rangkaian social Facebook.
- Dapat membina komuniti pembelajaran
- Menggalakkan penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza dengan kelas biasa
- Meningkatkan interaksi guru dan pelajar dan sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web
- Pelajar dapat menghubungi rakan sekelas berkaitan tugasan kelas dan peperiksaan serta bekerjasama melakukan tugasan dan projek kumpulan dalam persekitaran internet.
- Suatu laman web perkongsian gambar yang dapat digunakan untuk memuat naik gambar, memberikan tag kepada gambar, melihat gambar orang lain, serta menulis komen dan anotasi gambar tersebut.
- Adalah suatu perisian percuma yang membolehkan seseorang berbual-bual dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia melalui internet secara percuma.
- Digunakan untuk melakukan sesuatu perkara bersama-sama walau di mana seseorang berada.
- Satu laman web media untuk berkongsi persembahan, dokumen dan fail pdf.
- Menonjolkan professional yang aktif dan sering memberi komen, menggemari dan memuat turun bahan.
- Tujuan : berkongsi idea dan berhubung dengan orang lain.
- Penulisan di Twitter ialah cara komunikasi yang kurang berhalangan, perkongsian maklumat dengan orang yang biasanya tidak akan saling berutus e-mel / pesanan SMS.
- Gender adalah perbezaan sifat, peranan, fungsi dan status antara lelaki dan perempuan bukan dari aspek biologikal sahaja tetapi peranan mereka dalam perjanjian sosial.
- Peranan antara lelaki dan perempuan berubah mengikut budaya, keadaan, dan situasi di mana mereka berada.
- Di Malaysia, terdapat Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Kemajuan Wanita
- Tujuan: membela nasib kaum wanita dan memartabatkan peranan wanita dalam sesuatu komuniti.
JOM UJI MINDA







bestnyaa ada kahoot challenge. mouse pun cantik. blog yang kreatif macamni buat lagi tertarik untuk selalu datang ke blog ni . update lagii yee
ReplyDeleteTq for your support..inshAllah akan ditambah baik selepas ini..
ReplyDelete